Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah telah mendedahkan bahawa dirinya kini sudah kembali bergelar isteri dengan jejaka pilihan hatinya, Michael Hansen. 

Perkara tersebut telah disahkan oleh Sakinah selepas ada seorang wargamaya bertanyakan mengenai status dirinya menerusi ruangan ‘Ask Me A Question’ di akaun Instagram miliknya. 

“Duduk sana dah ke? Korang dah kahwin ke belum? Bagitahu je lah betul-betul. Takde orang marah pon,” tulis wargamaya berkenaan. 

Lantas, adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah itu telah menjawab persoalan tersebut.

“Dah tapi no 2,” jawabnya ringkas. 

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan jejaka kelahiran Sweden itu sedang mengucup dipipinya. 

Terdahulu, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.

Sakinah, 32, mengikat tali pertunangan dengan Michael Hansen sekitar Disember tahun lalu. 

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here