Pelakon, Lufya Omar mendedahkan dia telah melakukan lebih daripada satu pekerjaan dalam satu masa sebagai sumber pendapatan demi kelansungan hidup sebagai ibu tunggal. 

Maklumnya lagi, dia kini telah kembali bergiat aktif dalam dunia lakonan setelah berehat seketika, sebelum ini. 

Difahamkan, Lufya juga turut menceburi bidang perniagaan menjual kek lapis premium, keluaran jenamanya sendiri.

Di samping itu, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini ada menjual produk makanan tambahan. 

“Izinkan sis rehat sekejap ya.. sis buat 4 keje dalam satu masa pinggang rasa nak putus,”

“Sis jual cake luvyacakes yang sedap giler tu Sis dah start berlakon semula Sis jual supplement,” tulisnya. 

Jelas Lufya, usaha yang dilakukannya itu bagi mencapai beberapa matlamat antaranya untuk rmenyelesaikan hutang pinjaman dan menyediakan kehidupan yang selesa buat anak tunggalnya, Lana Haura. 

“Sis buat review selected product Macam-macam keje la sis buat target sis nak cepat settle loan supaya tak terlibat dgn riba’ 

“banyak-banyak, boleh bersedekah lebih, happykan haura dan jadikan insan berilmu; sekolah kan anak sampai ke menara gading. 

“Sambut Aamin pls. Semoga kembali doanya kepada anda semua,” tulisnya lagi. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

 Sekadar informasi, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada bulan Jun 2019. 

Foto: Instagram Lufya Omar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here