Umum mengetahui, siri telenovela Amerika Latin berjudul Rosalinda ini sememangnya cukup popular dan telah mencipta satu fenomena hebat yang bukan sahaja daripada penonton setia drama tempatan, malah seluruh dunia. 

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui dirinya pernah ponteng menghadiri kelas agama sewaktu zaman kanak-kanaknya hanya semata-mata mahu menonton siri telenovela popular itu. 

“Siapa pernah ponteng kelas agama masa kecik2 dulu sebab nak tengok Rosalinda Ayamorrr? Sameeee  Haha!,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Dalam pada itu, rata-rata peminat juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing di ruangan komen entri berkenaan. 

“Minat sangat cerita Rosalinda ni tapi tak ponteng sekolah sbb time tuh dah sekolah menengah tak ada kelas agama .Blk dr sekolah wajib tengok,” tulis seorang wargamaya. 

“Kita dulu pun minat sangat dengan Rosalinda,” luah peminat. 

“Saya…sampai kena denda cuci toilet hahaha..rosalinda ayamoor…,” kongsi lagi seorang peminat yang lain. 

Imbas kembali, Rosalinda telah mula dipertontonkan di kaca televisyen menerusi slot Telenovela, di TV3 sekitar tahun 2002. 

Foto: Instagram Uyaina Arshad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here