Pelakon, Nina Iskandar yang kini berada di negara kelahirannya ada berkongsi cerita mengenai amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat di Brunei, sepanjang bulan Ramadan.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar berkata masyarkat di Brunei memanggil berbuka puasa itu sebagai Sungkai.

Selain itu, bintang drama bersiri Andainya Takdir itu memberitahu satu das tembakkan meriam akan dilepaskan sebaik tiba sahaja waktu berbuka di Bandar Seri Bagawan, Brunei.

“Hai Assalamualaikum sebentar lagi beberapa minit lagi kita akan berbuka puasa dekat Brunei ni. Jadi di Brunei kami panggil berbuka puasa itu sebagai sungkai. Sekarang saya berada di tengah ibu kota Bandar Seri Bagawan, setiap kali bila nak sungkai tu mereka akan tembakkan meriam,

“Saya akan tunjuk dengan anda semua macam pengalaman dia dekat Bandar Seri Bagawan. Kalau anda nampak kat belakang tu itulah meriam dia. Ada dua meriam dan bila dah tiba waktu berbuka puasa mereka akan tembakkan satu das meriam,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar)

Sekadar informasi, Nina telah berada di negara kelahirannya selepas selamat melahirkan anak pertamanya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada Disember 2019.

Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos 2019 di Forest Valley, Cheras.

Foto: Instagram Nina Iskandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here