Saluran TV9 dibawah pengurusan syarikat Media Prima Berhad telah melakukan perubahan secara rasmi kepada saluran berkenaan mulai 9 September.

Kini, saluran TV9 tampil dengan wajah baharu untuk menjadi destinasi hiburan keluarga dalam kalangan penonton setianya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Cik Sherina Nordin langkah pembaharuan ini dilakukan bagi mengekalkan reputasi saluran televisyen ini supaya terus kekal relevan kepada para penonton.

Jelasnya, trend penonton televisyen kini sudah berubah dan tidak lagi seperti dahulu ekoran situasi pandemic Covid-19 yang melanda di seluruh negara.

“Trend masyarakat menonton televisyen kini sudah berubah sejak pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) pada tahun lepas. Inilah waktu yang sesuai untuk TV9 memperkenalkan pembaharuan di slot waktu dan kandungan program supaya kekal relevan,

“Kami berharap agar TV9 menjadi destinasi keluarga anda yang dapat menemui kepuasan, keriangan dan menikmati sajian program yang lebih santai,” katanya.

Sebagai langkah pembaharuan ini, saluran TV9 telah mengambil insiatif untuk berkolaborasi dengan selebriti tanah air terkenal bagi memberikan elemen yang lebih segar kepada para penonton.

“Selari dengan pembaharuan program TV9 yang lebih rileks dan santai, kami telah berkolaborasi dengan Datuk Rosyam Nor, Alif Satar, Amyra Rosli, Naim Daniel, Zharif Zhafri dan ramai lagi,

“Barisan selebriti ini berperanan untuk mewakili dua komponen utama pengisian saluran TV9 iaitu keluarga dan kepentingan masyarakat,” maklum Sherina.

Selain itu, saluran TV9 yang mengangkat tema #JanjiHappy turut melakukan perubahan waktu siaran untuk semua rancangan termasuk slot waktu perdana Buletin TV9 yang bersiaran jam 7 malam, setiap hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here