Baru-baru ini, tular di laman media sosial satu rakaman video yang memaparkan tindakan seorang usahawan terkenal yang berkelakuan biadap terhadap seorang warga emas.

Bukan sahaja mendapat perhatian ramai, malah golongan selebriti juga turut meluahkan rasa kecewa dan marah selepas menonton rakaman video tersebut.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram milik pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi satu rakaman luahan warga emas terbabit.

“Terima kasih banyak, saya tidak boleh balas dan saya hanya berserah kepada Tuhan. Memang betul bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri ubah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan bersimpati setelah menonton rakaman video tersebut.

Sehingga kini, rakaman video tersebut telah meraih lebih 50,000 tanda suka daripada warganet.

Foto: Instagram Fedtri Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here