Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti inginkan mahligai cinta yang dibina bersama berkekalan dan tidak melalui fasa perpisahan mahupun penceraian.

Meski sudah berpisah selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga, bekas personaliti TV dan usahawan, Kiah Propa masih menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suaminya, Nazrie Mie.

Menerusi perkongsiannya di laman media sosial Facebook, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rohkhaida Abdul Kalil kini dilihat banyak meluangkan masa bersama dengan bekas suami meski tidak lagi tinggal sebumbung.

Namun, bekas hos rancangan hiburan Galaksi ini mengakui ada segelintir netizen yang memberikan tanggapan negatif terhadap hubungan baiknya bersama bekas suami.

Jelas Kiah, dia masih menjalinkan hubungan baik bersama bekas suaminya oleh kerana tidak mahu kesemua anaknya terkesan dengan masalah penceraian keluarga.

“SIAPA YG NAK CERAI, AKU PUN TAK NAK CUMA KALAU DAH CERAI TAK YAH LA NAK GADUH2 REDHA AJE, ALLAH PINJAM KAN AKU MANTAN 7 TAHUN SAHAJAAKU TAU RAMAI YG SURUH AKU BERSAMA SEMULA,

“NAMUN AKU SENDIRI LEBIH SELESA SEBAGAI KAWAN BUAT SETAKAT INI, USAH DITANYA KENAPA KAN ITU AIB DAN RAHSIA CUKUP SEKADAR ANAK2 HAPPY TENGOK KAMI TAK GADUH, KALAU AKU KAWEN PUN AKU TAKDE CINTAAA NGAN MANTAN APA GUNAAA,

“KALAU AKU GADUH HARI2 LAGI TAK SIHAT DEPAN ANAK, LAGI SATU JANGAN FITNAH AKU MANTAN KALAU DTG UMAH AKU KEDAI AKU KILANG AKU KAMI RAMAI2 STAFF2 KAMI ADA,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Kiah mengharapkan agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya menilai dan memberikan komen yang negatif terhadap dirinya.

“YANG MELIHAT JANGAN TERUS MENILAI, TAK KIRA KORANG SIAPA ORANG BIASA AHLI MASJID MAKCIK BAWANG, ADAKAH KORANG TAU SESEBUAH HAKIKAT NNYA APA,

“SEKADAR TENGOK DI LENSA DOAKAN AKU DAN MANTAN BAIK2 AJE, JALANI TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI CO PARENTING YANG BAGUS SUPAYA ANAK TAK TERKESAN DENGAN PERPISAHAN DAN LAGI 1 TAK PUAS HATI TANYAAAA AKUUU JANGAN TANYA AHLI KELUARGA AKU FAHAM MANTAN NAK KAWEN GO ON AKU NAK KAWEN NGAN SIAPA AJE GO ON,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram Kiah Propa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here