Tindakan pelakon Rita Rudaini yang sering memberikan komen dan pendapat berhubung isu pemberian vaksin yang kini giat dijalankan di Malaysia telah mendapat perhatian netizen.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menerima kecaman daripada wargamaya sehingga tular di laman media sosial.

Mengejutkan lagi, ada juga segelintir netizen yang memberikan komen terhadap kisah penceraian Rita dan bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak selepas aktres jelita ini dilihat lantang menyuarakan pendapat di laman media sosial.

Sebelum ini, Rita pernah berkahwin dengan pengulas sukan TV3, Akbar Shaari pada tahun 1999 bagaimanapun mereka telah bercerai pada tahun 2001.

Selepas itu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 12 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 10 tahun.

Foto: Instagram Rita Rudaini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here