Pelakon dan usahawan, Norsha Rahmad Ali atau lebih mesra dengan panggilan Betty Rahmad telah memaklumkan dirinya kini dia sudah membuat keputusan untuk mengenakan hijab.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat di naik di akaun Instagram miliknya, Betty mengharapkan semua untuk sentiasa mendoakan agar dirinya terus kuat dan kekal istiqamah untuk mengenakan hijab.

“Saya mula buat keputusan untuk ini (berhijab) dan saya rasa saya kena cerita kepada semua supaya boleh mendoakan untuk diri saya,

“Saya percaya dengan perkongsian ini semua akan mendoakan untuk diri saya supaya saya kuat, terus istiqamah dan kita semua jadi lagi lebih baik. Itu niat saya,” katanya.

Menurut adik pelakon Datin Seri Umie Aida ini, dia sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar diberikan hidayah untuk menjadi seorang yang lebih baik.

“Sebenarnya ini semua doa yang saya doa untuk diri saya dan saya percaya ini juga doa daripada anda semua untuk diri saya. Walaupun sebelum ini saya tidak berhijab, tapi saya jaga saya punya solat,

“Jadi setiap kali saya solat saya akan doa kepada Tuhan untuk jadikan saya seorang yang lebih baik, bagi saya hidayah sebab saya orang yang beriman. Saya cuma berdoa dan selepas itu saya terdetik lepas saya tengok anak saya, Wira dah pandai mengaji,

“Bila saya tengok umur dia baru setahun lebih tapi dia boleh baca Iqra, saya yang umur dah berapa ni tak lancar-lancar lagi bacaan Al-Quran. Saya pun dah berapa lama tak baca, jadi saya pun buat keputusan untuk masuk kelas belajar baca Al-Quran,

“Setiap pagi saya akan baca surah Al-Rahman dan surah itu ada tulis fasal nikmat mana yang kau dustakan, jadi saya terdetik sebab saya ni dulu apa benda sahaja yang saya nak, saya akan dapat dan Tuhan bagi pada saya,

“Saya dapat suami yang baik, penyayang dan saya dapat anak yang Alhamdulillah sangat bijak. Saya ada perniagaan dan perniagaan saya masih dapat berjalan seperti biasa walaupun dalam pandemik, sedangkan orang bertungkus lumus untuk teruskan kehidupan,

“Jadi benda ni sentiasa berada difikiran saya dan jadi jatuh cinta dengan Al-Quran. Daripada situ saya mula terdetik untuk mula mengenakan hijab,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Foto: Instagram Betty Rahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here