Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida telah melakukan pemeriksaan tahap kesuburan dirinya untuk mendapatkan zuriat di sebuah hospital swasta.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkongsi perkara tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Meski pernah menjalani pemeriksaan tahap kesuburan sebelum ini, usahawan berusia 49 tahun ini mengakui berasa takut dan gementar untuk melakukan pemeriksaan tersebut.

Dalam pada itu, Vida mengharapkan orang ramai mendoakan buat dirinya agar segala urusannya di permudahkan.

“SAYA TAKUT Kali kedua saya datang untuk check tahap kesuburan saya. Perasaan nervous campur takut . adakah saya mampu dapatkan zuriat lagi? @ahmadiqbalzulkefli

“Doakan yang baik baik untuk saya. Kali kedua saya datang Hospital ni sampai Nurse pun dah cam BAU saya.Melekat dalam Lift katanya,” tulisnya.

Terdahulu, Vida menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) ada berkongsi mengenai tarikh pernikahan dan Iqbal turut meninggalkan komen ringkas iaitu ‘bulan 12’ sehingga menimbulkan teka-teki di kalangan wargamaya.

Bagaimananapun, Vida menerusi sesi tersebut tidak memperincikan hal berkenaan, sebaliknya menzahirkan ucapan terima kasih atas doa baik-baik daripada semua.

Foto: Instagram DSV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here