Pelakon, Datuk Aaron Aziz mendedahkan isterinya, Datin Diyana Halik berasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan lakonan sonsangnya bersama pelakon GambIt Saifullah menerusi drama rantaian berjudul Suami Lelaki Pendosa.

Katanya lagi pelakon kelahiran kota Singapura ini, isterinya telah memberikan sokongan penuh kepada dirinya untuk melakonkan watak Dean Ilyas, seorang lelaki songsang dalam drama bersiri tersebut. 

“Sebenarnya dia yang paling suka dan tidak sabar nak tengok lakonan sonsang saya dengan Gambit dalam drama ini,”

“Isteri saya memang bagi sokongan penuh kepada saya untuk terima dan berlakon dalam drama ini kerana mahu beri cabaran baru dalam lakonan saya,” katanya. 

Di samping itu, Aaron berkata isteri serta kesemua anaknya turut bersikap terbuka meski mengetahui perihal lelaki songsang ini adalah satu isu yang sensitif. 

“Saya rasa sangat bertuah sangat sebab isteri saya bersikap terbuka dan dia sanagt okey saya lakonkan watak ini, 

“Malah, anak-anak saya pun okey dan mereka juga sangat bersikap terbuka,” dedahnya lagi. 

Pada masa sama, Aaron yang ditemui secara virtual di sidang media drama Suami Lelaki Pendosa ini mengharapkan orang ramai juga bersikap terbuka dan menerima drama ini dengan baik,

“Jadi saya harap penonton pun akan bersikap terbuka, sebab macam yang kita tahu isu sonsang ini bukan satu isu yang baru, 

“Sememangnya ada berlalu di sekeliling masyarakat kita, oleh itu saya harap drama ini dapat diterima baik oleh penonton,” akhirinya. 

Selain Aaron, drama bersiri 28 episod ini turut dibintangi oleh pelakon terkenal antaranya, Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Aleza Shadan, Shima Anuar, Edika Yusof dan ramai lagi. 

Suamiku Lelaki Pendosa dibawah arahan Eyra Rahman ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi novel berjudul ‘Imamku Lelaki Pendosa’ karya penulisan oleh Umie Nadzimah. 

Foto: Instagram Datuk Aaron Aziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here