Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah memuat naik beberapa keping foto momen percutian bersama keluarganya di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.

Foto yang berlatarkan permandangan laut, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman serta dua orang anaknya tampak bergaya mengenakan persalinan rona sedondon.

Lantas, perkongsian usahawan berusia 50 tahun ini telah meraih perhatian serta pujian daripada peminat.

Bagaimanapun, ada segelintir wargamaya memberikan kritikan terhadap penampilan anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali dengan panggilan Cik B.

“Takut tengok bulu kaki cikb, dah macam abg abg,” tulis seorang individu di ruangan komen entri berkenaan.

“cik b cam jantan,” luah lagi seorang wargamaya.

“Ceeeeek B…. Ceeeeek B……kuruskan badan tu cket Cekkkkk B…,” pinta peminat.

 Foto: Instagram DSV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here