Setelah hampir dua tahun pandemik Covid-19 berlaku, selebriti terkenal Che Puan Sarimah Ibrahim mengakui berasa masa bergerak dengan terlampau pantas dan akur dengan segala perkara yang terjadi.

Malah, Sarimah memberitahu pandemik Covid-19 ini telah memberi impak yang besar kepada orang ramai termasuk dengan dirinya.

Dalam pada itu, selebriti berusia 43 tahun ini tidak menyangka anak perempuannya bakal menjangkau usia 2 tahun pada bulan hadapan.

“We cant believe it. Our little sayang @tunkusofianajihah will be TWO next month! Apa ni?? Kemana perginya masa??

“Dua tahun ni berlalu rasa macam..sepantas kilat lebih lagi dengan Covid yang terus hentikan segala yang kita harap kan nak buat..sejak Dua tahun lepas,” tulisnya.

Meski begitu, Sarimah bersyukur apabila dapat memberikan sepenuh perhatian dan meluangkan masa bersama anaknya sepanjang berlakunya pandemi Covid-19.

“BUT…hikmah sentiasa ada dalam apa jua kesukaran hidup…if not for Covid..mummy and daddy tak dapat spend as much time with our little sayang…

“I am grateful to have been with you everyday for the last two years sayang.. Now dah besar boleh je ikut mummy ke kerja lepas Covid ni all over.

“InsyaAllah.#kitajagakita #mcobaby #syukur #hikmah #tunkusofianajihah #thenadzimuddins,” tulisnya lagi.

Sarimah bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

Pasangan ini dikurniakan puteri sulung, Tunku Sofia Najihah yang dilahirkan pada 19 Julai 2019.

Foto: Instargram Sarimah Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here