Tidak dinafikan, aktiviti memasak sudah menjadi sinonim dan kebiasaan kepada para wanita mahupun yang sudah atau belum mendirikan rumah tangga.

Pelakon Mia Ahmad misalnya, meski dirinya kini sudah bergelar isteri mengakui masih kurang mahir dan pandai untuk memasak di dapur.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi memberitahu dia telah membuat pengakuan mengenai kekurangan dirinya itu bersama suaminya, Mohd Izham Tarmizi sebelum mereka mendirikan rumah tangga bersama.

Ibu kepada dua cahaya mata ini menasihati kepada para wanita bersikap terus terang dan tidak malu untuk memberitahu kelemahan diri sendiri dengan pasangan.

“Siapa kat sini kurang skill memasak? saya lah salah sorangnya tu. Hahah. Dulu mak suruh belajar masak sibuk main make up nak melawa je kerja. Dapur taknak masuk!

“Alhamdulillah sebelum kawin saya dah confess awal-awal dengan suami.. Ladies, terus terang je dgn partner korang..

“Tak perlu malu dengan kekurangan yang penting nak belajar and improve. Nasi arabest ni sedap rupanya eh baru tahu! Anak-anak pun suka! Boleh order kat kak @jamilahafiz82,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Imbas kembali, Mia telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Sayf Issa, 3 tahun dan Iris yang kini baru berusia 1 tahun.

Foto: Instagram Mia Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here