Baru-baru ini, pelakon jelita Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin semakin menjadi perhatian ramai selepas bintang media sosial terkenal, Viviana Abdullah mendedahkan sikap selebriti itu di laman media sosial.

Lantas, nama isteri kepada pelakon Fattah Amin ini telah menjadi perbualan hangat di kalangan warganet.

Dalam pada itu, seorang penguna akaun Twitter bernama @KKayNormad ada memuat naik satu rakaman video ketika bintang berusia 37 sedang beramah mesra bersama peminat di sebuah majlis.

“Video ni dirakamkan masa i attending Fazura punya Raya Collections.I adore her so much.

“Sangat baik hati dengan peminat,cantik dan berbakat.I setuju dengan statement Fazura adalah artis Malaysia paling cantik yang tiada darah kacukan.Dia macam patung barbie yg hidup ya !,” tulisnya.

Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan Fazura sebagai seorang selebriti tanah air yang jelita meski tidak memiliki darah kacukan serta sangat baik hati bersama peminat.

Sekadar informasi, Fazura dikenali ramai menerusi beberapa filem lakonannya seperti Gol & Gincu, Pisau Cukur, Manisnya Cinta Di Cappadoccia, J-Revolusi dan banyak lagi.

Foto: Instagram Fazura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here