Seperti yang diketahui umum, pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor telah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM60,000 selepas dia dan suami telah didakwa telah melanggar SOP pada majlis perkahwinannya pada 26 Mac yang lalu.

Namun, isu nilai kompaun yang dikenakan kepada Neelofa telah mendapat perhatian dan menjadi bualan hangat di laman media sosial Twitter.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan nilai kompaun yang dikenakan terhadap usahahawan terkenal itu.

Masih belum reda dengan isu yang terkait bersama Neelofa, nama pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin telah menjadi perbualan hangat warga maya menerusi laman media sosial berkenaan secara tiba-tiba.

Bukan itu sahaja, nama pasangan selebriti ini turut menjadi ‘trending’ tanpa sengaja dilaman media sosial Twitter.

Dalam pada itu, Fazura memaklumkan bakal melancarkan tudung jenamanya, Fazbulous bersama peminat pada jam 3 petang hari ini.

“Introducing Jauharah Square Scarves Series. This collection represents femininity, versatility, and enthusiasm. A special collection that has been personally handpicked and crafted by our @missfazura herself.

“This easy-to-care square scarf is made from cotton fabric, designed for daily use. Comes exclusively with beautiful Jauharah pearl, hence the name.

“Launching on Wednesday, 28th April 2021 at 3PM. Don’t forget to turn on your notifications so you won’t be missing any updates from us! #jauharahsquarescarves,” tulisnya menerusi entri di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Foto: Carian Twitter, Instagram Fazura, Neelofa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here