Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam berasa terkejut selepas tular sekeping foto yang memaparkan dirinya bagi tujuan mempromosikan aktiviti perjudian secara dalam talian.

Difahamkan, Izzue telah menerima foto tersebut daripada peminat yang berkongsi kepadanya menerusi ‘Direct Message’ di laman media sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 31 tahun ini menegaskan bahawa dirinya tidak pernah terlibat dengan aktiviti haram dan perjudian tersebut.

Difahamkan, foto Izzue telah disunting dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekaligus mencemarkan imejnya sebagai seorang selebriti tanah air.

“Aku tak pernah terjebak dengan iklan kasino online! Tolong jangan buat orang konpius. Terima kasih pada semua yang dm, kalau korang tak dm aku pon taktahu pasal hal ni,” tulisnya di satu hantaran Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Izzue ketika dihubungi memberitahu dia telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang, pada Sabtu.

“Saya sangat terkejut sebenarnya bila dapat tahu perkara ni sebab ia berkaitan kasino dan aktiviti perjudian. Bila jadi macam ni sudah semestinya ia satu perkara yang memalukan dan boleh menjatuhkan reputasi saya sebagai seorang selebriti,

“Oleh itu, saya telah pun membuat laporan polis, jadi saya berharap sangat perkara seperti tidak akan berulang lagi dan supaya selebriti lain juga tidak akan menjadi mangsa seperti saya,” katanya.

Foto: Instagram Izzue Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here