Penyanyi dan usahawan, Mohd Razlan Mohamed Yusof atau lebih dikenali sebagai Lan Solo telah menjadi perhatian wargamaya selepas memuat naik satu rakaman video di platform media sosial Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video berdurasi 18 saat itu, bekas vokalis kumpulan Kristal itu dilihat sedang berjoget bersama tiga anak perempuannya.

“Tgh dok rilex2 tiba2 anak2 ajak buat benda ni.. apa nama ntah hahahaP/s : Tak kuat jangan tengok sampai habis okay #lansolo #anakanaklansolo #cookingshow #reels,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi kritikan dan komen negatif selepas melihat perkongsian penyanyi berusia 36 tahun itu.

Bukan itu sahaja, netizen turut menyifatkan tindakan Lan yang mewarnakan rambut kesemua anaknya kurang sesuai dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa.

Sebelum ini, kesemua anak Lan pernah menjadi perhatian ramai selepas isteri penyanyi tersebut, Sheila Hasim meluahkan rasa lega apabila sempat membawa semua anak mereka ke salon untuk mewarnakan rambut sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula pada 12 Mei lalu.

Foto: Instagram Lan Solo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here