Baru-baru ini, menerusi perkongsian di InstaStories, pelakon Uqasha Senrose ada memuat naik satu rakaman video yang memaparkan penerbit dan pengarah Michael Ang telah mengenakan kain batik ketika sedang menunaikan ibadah solat di set pengambaran.

Pada masa sama, Michael turut layar semula rakaman video berkenaan di laman media sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian serta kritikan negatif daripada segelintir wargamaya.

Lalu, Michael telah tampil memberikan respon berhubung tindakannya itu kepada orang ramai yang mengatakan bahawa dia tidak berpakaian senonoh ketika menunaikan ibadah solat.

Tambahnya lagi, penerbit berusia 45 tahun ini tidak kisah dengan segala komen negatif yang dilemparkan oleh segelntir netizen terhadap dirinya berhubung perkara tersebut.

“Salam semua. @uqashasenrose2 tak baik sempat eh kau rakam. Kan dah kena kutuk sebab tak berpakaian senonoh.

“Tak fhm la u all I repost ingat kan lawak tapi sebaliknya! But do I care?

“Bukan membunuh or mencuri pun! Heheheh so tak payah la nak DM and Cakap pakaian I tak senonoh ya!

“Buang masa n tenaga aje kau org hantar aku DM sebab I tak kesah! Luv u all n be safe!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Foto: Instagram Michael Ang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here