Aktres jelita, Fazura memberitahu dia telah mengalami masalah gejala sakit kepala yang teruk selama lima hari berturut-turut, sejak kebelakangan ini,  

Di samping berkongsi hal tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengakui sudah lama tidak melakukan aktiviti senaman oleh kerana terlalu sibuk dengan tugas harian. 

Menurut isteri kepada pelakon Fattah Amin ini, kali terakhir dia berkesempatan untuk melakukan aktiviti sedemikian pada tiga minggu lepas. 

“I’ve been having migraine for 5 days straight.. not sure why because I can deal with occasional ones tapi 5 days straight? Something is not right. 

“Kerja setiap masa tu memang biasa untuk Faz, tapi tiba-tiba teringat my last workout was probably 3 weeks ago.. alamak! 

“For someone who drinks high amount of caffeine everyday and jarang sekali kena sunlight.. (home-office-home-office, air-conditioned spaces etc) this must be the reason,” tulisnya. 

 

Setelah menyedari hal yang berlaku, Fazura segera melakukan akvititi senaman dengan harapan masalah migrain yang dialaminya itu akan beransur pulih.

“Masa tu baru terdengar balik suara mama yang selalu pesan.. “You need some sunlight everyday, at least 10 mins.. it’d do you good”. Ok la fine, she’s right all along.. 

“Half way through my workout tadi, Alhamdulillah.. terus hilang my migraine. Instantly felt happier, healthier and recharged! 

“Moral of the story is.. orang yang buat lagu “Sayangi Dirimu” tu pun manusia biasa yang sendiri pun kadang-kadang lupa nak take time to take a breather..,” tulisnya lagi. 

Serentak dengan itu, bintang filem Dendam Pontianak ini menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan supaya kekal cergas dan sihat.

“jaga kesihatan tu pun sangat penting, baru lah kita boleh be our best self and jaga orang lain pula. 

“So, darlings! Remember to take some time untuk diri sendiri juga and our health k? 

“Tak kisah lah kejap ke lama, tak sempat banyak.. sikit pun takpe. Yang penting, must yaaa! I learned my lesson today..Alhamdulillah 

“Panjang pulak Faz tulis. But, anyways.. thinking of you too, I love you 🙂 #samasamakita,” titipnya lagi. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Foto: Instagram Fazura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here