Setelah genap seminggu kelahiran, suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Mohamad Zaquan Adha telah mendedahkan wajah anak kelimanya bersama pengikut di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pemain bola sepak Negeri Sembilan itu turut mendedahkan nama anak lelakinya itu yang diberi nama Muhammad Aisy Al Jibreel.

“Alhamdulillah hari ini genap 7 hari…semoga menjadi anak yang soleh MUHAMMAD AISY AL JIBREEL BIN MOHAMAD ZAQUAN ADHA,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08)

Sekadar informasi, adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan ini telah melahirkan cahaya mata kelimanya pada 28 Mei yang lalu.

Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, yang kini mencecah usia 2 tahun.

Foto: Instagram Ayu Raudhah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here