Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-26, pelakon dan pengacara Janna Nick telah menerima hadiah istimewa daripada kekasihnya, yang juga merupakan seorang pelakon Dini Schatzmann.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Janna dilihat telah menerima hadiah istimewa iaitu sebuah motosikal berjenama antarabangsa, Vespa.

Di samping menzahirkan ucapan terima kasih kepada kekasihnya, hos rancangan Melodi ini juga dilihat riang kegembiraan sejurus menerima kejutan istimewa itu.

“Hadiah birthday paling mahal it’s you @dinischatzmann Thank you for always making me the happiest!

“Thank you for always loving me for who I am..I promise to take you jalan jalan after MCO ok..so keep your helmet on Love you,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Serentak dengan itu, rata-rata peminat memuji sikap Dini terhadap Janna yang dilihat sangat penyayang serta romantis.

Di kesempatan ini, Ikat Tepi mengucapkan selamat hari jadi kepada Janna dan semoga sukses selalu dalam apa jua bidang yang diceburi.

Foto: Instagram Janna Nick

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here