Tidak dinafikan, sudah menjadi lumrah hidup para selebriti apabila segala tindak tanduk yang dilakukan sentiasa menjadi perhatian orang ramai.

Setelah hampir 15 tahun menceburi industri hiburan tanah air, pelakon dan usahawan Ika Nabella akui dirinya sering menerima kritikan serta komen negatif oleh netizen.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, pelakon berusia 32 tahun ini telah meluahkan perasaan bersama para pengikutnya. 

“Luahan hati sikit sebelum tidur ni.. Elok2 tengah study masuk AF jadi artis apo yang seronok jadi artis tu tak ado pelajaran”

“Artis mee segera ni dah nyanyi tak sedap nak berlakon pulak. Tak pernah dibuat orang kue tepung pelita besar macam ni letak dalam bekas plastic”

“Eleh bagi anak susu tepung pun jadi manusia jugak. Dah elok2 jadi pelakon, penyanyi jadi retis orang bayar mahal nak jadi certified breastfeeding expert pulakkkk jatuh star value” 

“Ika tak sesuai lah bisnes produk penyusuan ni. Kenapa you tak buat bisnes produk kurus ke, produk putih ke, cosmetics ke tu ramai buyers” 

“Sejak berhijab ni good2 pulak cakap pasal agama konon. Followers 741k tapi yang active 1k je & the list goes on,” tulisnya. 

Meski sering berhadapan dengan situasi sedemikian, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam itu tidak berasa marah berhubung perkara tersebut. 

“They won’t stop, I tak marah tapi saja nak bagitau tak semua orang down sedih bila berada dalam situasi toxic macam ni.. 

“some people will smash you back, some will walk away masuk kiri keluar kanan, some will show you something you don’t wanna see… We choose our path,” luahnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BF EXPERT – CERTIFIED (@ikanabella)

Foto: Instagram Ika Nabella

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here