Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida meluahkan rasa kecewa apabila penyanyi Aweera tidak berjaya merangkul gelaran juara di pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam. 

Rasa kekecewaan terhadap keputusan GV8 itu telah dizahirkan oleh Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. 

“MAACM NI HATI BERKECAI AWEERA TAK MENANG..@aweera_official,” tulisnya. 

Vida yang juga pernah menjadi penaja program tahunan popular untuk beberapa musim sebelum ini mengharapkan penyanyi berusia 30 tahun itu dinobatkan sebagai juara. 

Tambahnya lagi, Aweera memiliki potensi besar untuk menjadi juara selepas melihat bintang itu membuat persembahan dari minggu pertama program realiti nyanyian tersebut.

“MY HERO…AWEERA AKAN MENANG GV 8 MALAM NI…

DARI 1st weekk lagi sy dah nampak ..dia lay Low..

“PENGAJARAN MENGAJAR KUT..KALAU TAK CUKUP MARKAH JURI..

SAYA TOP UP OKEYY..,” tulisnya. 

Namun, rezeki tidak menyebelahi di pihak Aweera setelah penyanyi Aliff Aziz diumumkan sebagai juara GV8 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi tajaan Astro. 

Meski hanya berjaya mendapat tempat keenam, Aweera tidak pulang dengan tangan kosong apabila telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi. 

Foto: Instagram Vida, Aweera 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here