Seperti umum mengetahui, media massa kini melaporkan kes bunuh diri dalam negara semakin meningkat saban hari.

Difahamkan, kes tersebut berlaku oleh kerana orang ramai kini semakin berasa tertekan ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di seluruh negara.

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz ada meluahkan rasa kesal berhubung perkara tersebut di laman media sosial Instagram.

Dalam pada itu, Fizz juga mengharapkan pihak kerajaan untuk mengambil tindakan segera agar masalah kes bunuh diri dalam negara dapat diselesaikan.

Selain itu, Fizz menyarankan agar semua kilang berhenti operasi untuk seketika waktu bagi membendung pandemik Covid-19.

‘Insyallah akan ada permulihan… tapi sblom kita nk pulihkan pendemic ini,mohon kerajaan ttp lah kilang2 mana beroperasi tu,bg sama rata.. semua org ddk umah,semua org takde keje..

“kita sama2 pulihkan pendemic ini.. 100% klu kilang semua ttp kita mampu putuskan pendemic ini.. ekonomi ,ekonomi jgk kami paham,tapi ekonomi rakyat perlu sama adil..

“kes bunuh diri dah byk tau.. harap dgr la rintihan rakyat ni..,” tulisnya.


Foto: Instagram Datuk Fizz Fairuz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here