Umum mengetahui, penyanyi dan pelakon Elyana merupakan seorang penghidap penyakit kanser limfoma sejak 10 tahun yang lalu.

Pemilik nama lengkap Erneelya Elyana Emrizal ini ada berkongsi perkembangan tahap kesihatan dirinya menerusi entri terkini di akaun Instagram miliknya.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, tahap kesihatan dirinya kurang baik sebelum menjalani rawatan kemoterapi pada Sabtu depan.

Menurut Elyana, dia sudah lebih sebulan tidak boleh tidur lena gara-gara menahan kesakitan penyakit yang dialaminya.

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur.Akhirnya saya mengalah.Hari ni masuk painkiller,steroid dan ambil darah. Covid test memang wajib.

“Esok check jantung. Lusa buat Pet Scan. Seterus nya Chemotherapy.Bismillahirrahmannirrahim
You can do it Nana!!!,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan agar penyanyi yang sinonim dengan lagu Kalis Rindu ini diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala.

“Moga dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesembuhan segera aamiiin,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga Allah memberikan kesihatan & ketenangan kepada you El! YOU CAN DO IT! You’re gonna win the battle!,” titip seorang warganet yang lain.

“Syafakillah adikku @elyanaofficial1 . Akk doakan Nana kuat! Insyaallah semoga Allah kurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan Nana..sabar & zikir bnyk² ye,” titip doa daripada peminat.

Terdahulu, Elyana pernah memaklumkan penyakit kanser yang dialaminya sudah merebak sehingga ke bahagian rahim, hati dan pangkal peha.

Foto: Instagram Elyana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here