Pemergian dan kehilangan arwah penyanyi Siti Sarah buat selamanya telah menimbulkan kesedihan dan masih dirasai oleh peminat sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan seorang individu yang telah menghasilkan potrait wajah arwah Siti Sarah dan suaminya Shuib.

Menariknya, portrait tersebut ternyata sangat luar biasa kerana dihasilkan daripada ratusan alat permainan ‘Rubik’s Cube’.

Lantas, rakaman video tersebut telah mendapat perhatian daripada netizen selain meluahkan rasa kagum hasil seni yang dihasilkan oleh individu tersebut.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen jugat berpendapat bakat yang dimiliki oleh individu ini harus dibanggakan oleh orang ramai.

Terdahulu, Sarah sekeluarga telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Selepas itu, Sarah telah dikejarkan ke HUKM selepas tahap oksigen dalam tubuh badan menurun pada petang Rabu.

Kemudian, dia terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Pada Jumaat bertarikh 6 Ogos, Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Sarah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada petang 9 Ogos lalu.

Sekadar informasi, Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber: Tik Tok Abam Takaful

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here