Pendakwah bebas terkenal, PU Riz menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga pertuturan dan tatasusila antara satu sama lain.

Suami kepada selebriti terkenal Neelofa ini menjelaskan setiap pertuturan yang kotor serta tidak sopan yang boleh menguris hati orang lain tidak wajar untuk dilakukan oleh semua orang.

“Allah swt didik kita supaya cakap yang baik baik…Kerana apa? Kerana dari hati yg bersih dtg jua lidah yang kurang mengata kurang membuat provokasi Apatah lagi membuat saudara se-islam berasa malu,

“Tuan tuan ayat di atas sungguh memberitahu Berat apa yang Allah swt ancaman pada mereka yang tidak menjaga لسان atau قول Yang memberi maksud perkataan @ lontaran kata kata,

“Hati hati ibu ayah yg dicintai…Ada perkataan kita anggap kecil…Tapi di sisi Allah sungguh berat…besar dosannya Orang tua dipanggil dengan panggilan khinzir ada jua dipanggil bodoh , pekak dan etc…,” tulisnya.

Dalam pada itu, Riza tau nama sebenarnya Haris Ismail menegaskan perkara seperti ini tidak harus dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam hidup.

“Dari satu sudut psychology tidak ada manusia yg cinta akn sapaan yang biadap “hey bodoh” “hi hitam” Pernah kita promosi slogan ‘budi bahasa budaya kita’

“Bagaimana jika dinormalisasi terhadap perkataan kotor dalam perbualan harian…sehinggakan anak memanggil abah dengan panggil yg tidak berhemah…

“Mulut / lidah adalah anggota yg paling bnyk mmbuat seseorang itu masuk ke dalam api neraka…kata nabi محمد Jaga diri jaga lidah Basahi dengan zikr semoga Allah bersih pemangking anggota salam!,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Foto: Instagram PU Riz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here