Siapa sahaja yang tidak mengetahui dengan kisah dongeng ‘Cinderella’ yang sering kita dengar sewaktu di zaman kanak-kanak dahulu.

Jika anda adalah peminat setia kepada Cinderella, ini merupakan satu berita baik yang akan membuat kisah fantasi anda menjadi realiti.

Dengan kerjasama Disney, dUCk melancarkan koleksi serba baharu yang menarik untuk menjadikan impian anda satu kenyataan dengan koleksi rekaan Disney x dUCk – Cinderella.

Koleksi edisi terhad ini menampilkan skarf, beg beli-belah mini dan pengilat bibir pelbagai rona menarik yang istimewa untuk anda. Jom kita check it out!

Disney x dUCk Shawl Set

Untuk koleksi scarf edisi terhad ini didatangi dengan enam pilihan warna menarik yang nyata akan membuat anda tampak ayu dan jelita.

Disney x dUCK Mini Shopping Bag 

Tak lengkap gaya anda sekiranya tidak mendapatkan koleksi beg beli-belah mini koleksi terhad ini. Empat pilihan warna yang sangat memukau pasti akan membuatkan orang disekeliling terpersona melihat anda!

Disney x dUCk Cinderella Tinted Lip Balm 

Sebagai penyeri untuk wajah, anda kena dapatkan juga koleksi terbaharu lip balm ini supaya impian untuk kelihatan jelita seperti Cinderella menjadi kenyataan. Terdapat empat pilihan warna menarik yang pasti akan membuatkan bibir anda tampak berseri-seri bagai puteri!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here