Pelakon senior, Ogy Ahmad Daud memberi peringatan dan kata nasihat kepada orang ramai terutamanya bagi yang beragama Islam supaya menjaga tingkah laku sepanjang menjalani bulan Ramadan. 

Ogy atau nama sebenarnya, Fauziah Ahmad Daud menambah, sebagai umat Islam seharusnya menghormati bulan Ramadan dengan perbanyakkan amalan ibadah kepada Allah SWT. 

Selain itu, pelakon filem Azura ini menyifatkan sikap buruk seperti menghina sesama Islam dalam bulan Ramadan adalah sangat tidak wajar dilakukan. 

Bintang berusia 59 tahun ini telah berkongsi hal tersebut menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya. 

“Bulan Ramadan Ni Bulan Rahmat. Bulan Keberkatan. Kita Diingatkan Untuk Perbanyakkan Amalan Ibadah, Mohon Pengampunan, Membantu Mereka Yang Memerlukan.

“Kita Nak Keredhaan Allah Kan Bukan Bulan Untuk Membahan Sesama Islam. Jadi Untuk Apa Berpuasa, Berterawih, Mengaji Al Quran Tapi Dok Membahan Sesama Islam.

“THIS I CANNOT BRAIN!! YOU ARE WASTING YOUR LIFE AS ALLAH’S BEST CREATION IF THIS IS YOUR OBJECTIVE IN LIFE. DOK MEMBAHAN!!!,” tulisnya. 

Foto: Instagram Ogy Ahmad Daud 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here