Selebriti terkenal, Che Puan Sarimah ada menitipkan ucapan kepada suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-6.

Menerusi entri di Instagram, Sarimah meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang baik dan bersikap penyayang terhadap anaknya, Tunku Sofia Najihah.

Dalam pada itu, Sarimah mendoakan agar mahligai cinta yang dibina bersama suami berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Happy 6 year wedding Anniversary sayang…the most loving husband and father i know. A heart of gold, who loves unconditionally..i am so blessed and grateful that i am on this life journey with you as your wifey.

“I pray that we continue to grow and mature with Allahs blessings, to stay on this straight path and remain steadfast in our focus and goals. Ameeeen

“I love you sayang, and for the amazing father you are to @tunkusofianajihah ..who adores you
#thanadzimuddins #anniversary #alhamdulillah #love #syukur #sarimahibrahim #tunkusofianajihah #weloveyou,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Sarimah bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

Pasangan ini dikurniakan puteri sulung, Tunku Sofia Najihah yang dilahirkan pada 19 Julai 2019.


Foto: Instagram Sarimah Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here