Tidak dinafikan, ada segelintir masyarakat yang mendiskriminasikan jenis pemberian vaksin yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada orang ramai.

Sehingga kini, varian vaksin yang telah disediakan oleh pihak kerajaan adalah keluaran jenama Pfizer, AstraZeneca dan juga Sinovac.

Meski begitu, pelakon dan usahawan Ika Nabella tidak mahu perkara tersebut menjadi satu isu atau masalah buat dirinya.

Walaupun telah selamat menerima vaksin jenis Sinovac keluaran dari negara China, Ika atau nama lengkapnya Ika Nabila Abdul Rahim lebih mementingkan keperluan berbanding kehendak dirinya.

“HAPPENING NOW! Sinovac ka AZ ka Pfizer ka I berserah pada Allah SWT..

“ikut nafsu nak hat mahai sama macam handbag suka yang high end brands lagi mahai lagi kualiti tapi tu mindset kuno tak sesuai diguna pakai zaman la..lani I ikut keperluan… bukan kehendak

“I will share more on my #SINOVAC vaccination process & progress on my igstory ok?
Meanwhile doakan I pls.,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BF EXPERT – CERTIFIED (@ikanabella)

Foto: Instagram Ika Nabella

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here