Tidak dinafikan, ramai umat yang beragama Islam tidak melepaskan peluang untuk merebut ganjaran pahala untuk melakukan ibadah puasa pada hari ini bersempena dengan Hari Arafah.

Meski bukan beragama Islam, bekas ratu cantik negara, Dr Soo Wincci tidak melepaskan peluang untuk turut serta melakukan perkara tersebut.

Di samping menzahirkan hasratnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Wincci mengakui tidak tahu perbezaan antara ibadah puasa enam dan Hari Arafah.

Lalu, penyanyi berusia 35 tahun ini memohon penjelasan mengenai perkara tersebut daripada pengikutnya.

“Sila ajar doktor yang bodoh ini untuk puasa Hari Arafah, adakah ia berbeza daripada puasa 6 dan puasa sunat?” tulisnya.

Serentak dengan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji semangat yang ditonjolkan oleh Wincci.

Sebelum ini, Wincci pernah menjadi perhatian netizen apabila turut sama melakukan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.

Gambar

Gambar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here