Rentetan insiden malang yang menimpa pelakon, Roslan Shah atau lebih mesra dengan sapaan Cik Lan memaklumkan dirinya kini sudah kembali sihat dan pulih sepenuhnya. 

Artis versatil ini telah berkongsi perkembangan terkini dirinya menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. 

“Masih Ramai lagi bertanya tentang kesihatan Cik Lan…Alhamdulillah Cik Lan dah ok …” tulisnya. 

Di samping itu, Cik Lan mengakui telah menerima kecaman serta komen negatif daripada segelintir netizen yang mendakwa dia telah dibayar oleh pihak stesen televisyen berkenaan adalah tidak benar sama sekali. 

Tambahnya lagi, kejadian yang berlaku adalah benar dan bukan gimik semata-mata. 

“Yang kecam cakap cik Lan Propa, Marketing dan TV3 Bayar cik Lan itu

semua tidak Betul,” tulisnya. 

“Cik Lan dah but kenyataan semasa Wartawan tv3 @meloditv3

@tv3malaysia datang ke rumah cik Lan Baru Baru ini 

“Nak Tahu Hari Ahad ini jam 12:30 tengahari Cik Lan,” tulisnya lagi menerusi entri yang sama. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Roslan Shah (@realroslanshah)


Imbas kembali, industri hiburan telah dikejutkan dengan berita kejadian membabitkan pengacara kelahiran Singapura itu yang telah rebah secara mengejut sewaktu menjadi tetamu jemputan untuk rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada 1 Mac lalu. 

Sejurus kejadian cemas tersebut, Cik Lan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan dan dilapokan mengalami masalah tekana darah tinggi. 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here