Baru-baru ini, perkongsian penyampai radio Fizi Ali telah mendapat perhatian dan menjadi tanda tanya para pengikut di akaun laman media sosial miliknya. 

Menerusi entri berkenaan, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin telah memuat naik satu rakaman video kompilasi yang memaparkan beberapa keping foto momen dia bersama isterinya, Shakilla Khoriri dan anak tunggal mereka, Ameena Sofia. 

Di samping itu, penyampai radio berusia 32 tahun ini turut menzahirkan rasa sayang kepada isteri serta anak perempuannya. 

“dua insan yang paling saya sayang..dua insan yang selalu buat saya ketawa buat saya gembira..

“insyallah ada jodoh kita bertemu lagi..sayang umi sayang ameena.. @shakillakhoriri @ameenasofia_,” tulisnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menimbulkan persoalan serta menjadi tanda tanya peminat. 

Malah, ada segelintir peminat turut membuat spekulasi Fizi kini sedang mengalami masalah dan konflik rumah tangga bersama isterinya. 

“ayt tu bt org trtny² … klau ok korg ber2 jgn bt caption mcmni… bole jd undang fitnah lain nt. apa pn moga hbgn kalian baik² dan bahagia bersama…,” tulis seorang warganet di ruangan komen.

“dah perasan dari dulu lagi stiap status fizi dengan kila mmg ada mksud sesuatu kdg tu,” tulis lagi peminat yang lain. 

“Moga yg baik2 saja utk kalian sekeluarga.. please fight for ur family,” titip seorang peminat.

Imbas kembali, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga bersama pada 18 Februari 2018. 

Kemudian, Shakilla telah bergelar ibu selepas selamat melahirkan Ameena pada 14 Mac 2019. 

Foto: Instagram Fizi Ali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here