Menerusi beberapa entri terkini di akaun Instagram, pelakon Izreen Azminda dilihat telah mengisi masa pergi bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi, Kedah.

Serentak dengan itu, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam turut berkongsi beberapa keping foto momen percutian tersebut bersama peminat. 

“Jalan2 amik angin sat.. sat ja pun.. tak lama.. abaikan video yg serupa rekod guna my sejahtera tu 

“gambaq akan menyusul lepaih ni.. la baru sempat nk post.. #simpankenangandisini,” tulisnya. 

Dalam pada itu, senyuman kegembiraan jelas terukir di wajah pelakon berusia 36 tahun itu ketika meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Imbas kembali, Izreen pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Adrian Umar, 5 tahun.

Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai sekitar tahun 2014. 

Selepas itu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 2 dan Ali Idrees, 5 bulan. 

Foto: Instagram Izreen Azminda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here