Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai isu konflik antara pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Bukan sahaja mendapat perhatian ramai di kalangan netizen, perkara ini turut menjadi perhatian golongan selebriti tanah air.

Pelakon Zara Zya misalnya, ada memberikan pendapat dan komen mengenai perkara tersebut menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.

Pada masa yang sama, bintang drama bersiri Pia ini meluahkan rasa hormat dan sayang terhadap kedua-dua figura terkenal ini.

Selain itu, aktres berusia 35 tahun ini mengharapkan agar orang ramai sentiasa memberi sokongan kepada Ebit dan Caprice untuk terus memperjuangkan dakwah serta melakukan kebaikan.

“Orang baik, Allah sayang. bang bang bang! Keduanya Allah beri ujian.. Saya sangat hormat & sayang dua figura ini,

“Masing2 sedang diuji, semoga mereka terus bersabar & dibalas dengan sejuta kebaikan & kebahagiaan dari Allah swt

“Saya nampak keikhlasan mereka dlm membuat kebajikan. Jom kita terus berikan sokongan untuk perjuangan dakwah mereka! Komen YA sebagai tanda sokongan,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.malaysiaprihatin.com (@zarazya)

Foto: Instagram Zara Zya, Ebit Lew, Caprice

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here