Isu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan membabitkan selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor telah menjadi perhatian netizen.

Bukan itu sahaja, tindakan selebriti tersebut telah menimbulkan kemarahan dan rasa kurang senang di kalangan netizen selepas bekas hos rancangan MeleTOP itu didakwa telah melanggar SOP, beberapa kali.

Terbaru, satu pemilik akaun Twitter bernama @my_injustice telah melancarkan satu laman petisyen untuk mendesak Neelofa dipenjarakan dengan segera serta tanpa kompromi oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) .

Laman petisyen tersebut dilancarkan dan meminta agar orang ramai segera untuk turut serta mendaftar petisyen agar selebriti berusia 32 tahun mendapat hukuman yang setimpal atas kesalahan yang pernah dilakukannya.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Bagaimanapun, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber: Carian Internet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here