Seperti yang diketahui umum, usahawan dan hos terkenal Noor Neelofa Mohd Noor pernah mengalas tanggungjawab sebagai duta jenama barangan kemas antarabangsa, Swarovski sejak beberapa tahun yang lalu.

Namun, Swarovski memaklumkan kerjasama jenama bersama Neelofa telah ditamatkan selepas usahawan tersebut didakwa telah melanggar SOP pada majlis pekahwinannya pada 26 Mac.

Perkara ini mendapat perhatian selepas seorang penguna Twitter yang bertanyakan tentang kolaborasi Neelofa dengan jenama antarabangsa itu.

Individu berkenaan memberitahu selebriti di Korea Selatan akan ditamatkan kolaborasi sebagai duta sekiranya terlibat dengan isu-isu yang seakan sama seperti Neelofa.

“If Neelofa is a Korean artists, the brands that she is the ambassador of would have terminated the contracts already. Hello @swarovski,” tulisnya.

Lalu, pihak Swarovski telah tampil memberikan penjelasan dan mengumumkan perkara tersebut menerusi laman rasmi Twitter.

“Thank you for reaching out. We can confirm that we’re no longer working with Neelofa,” balasnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai mengenai perkara tersebut.

Imbas kembali, Neelofa menjadi wanita berhijab yang pertama dunia muncul sebagai penghias Billboard antarabangsa Swarovski, pada tahun 2017.

Bukan itu sahaja, busana pernikahan Neelofa bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail mendapat perhatian selepas diserikan 5,000 butir kristal Swarovski.

Foto: Instagram Neelofa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here