Isu sik ngikut prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP seperti yang udah dipadah sidak pihak kerajaan melibatkan selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor udah menjadi buah mulut dan perhatian sidak netizen.

Bukan ya jak, tindakan selebriti ya molah sidak netizen jadi marah dan sik senang selepas bekas hos rancangan MeleTOP ya didakwa udah melanggar SOP beberapa kali.

Terbaru kinek, sorang pemilik akaun Twitter bernama @my_injustice telah molah dan ngelancar sigek laman petisyen untuk nyuruh Neelofa dipenjara lekas serta sik ada kompromi dari sidak pihak PDRM.

Laman petisyen ya dipolah dan dilancar serta minta orang rami cepat untuk join dan mendaftar diri supaya selebriti berusia 32 tahun ya mendapat hukuman yang setimpal atas kesalahan yang pernah dipolahnya.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris udah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Dareah (IPD) Nilai untuk berik keterangan selama empat jam berkaitan penyebaran gambar dengan video sidak duak di sebuah kedai jual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Akan tetapi, Neelofa dan suaminya, Muahammad Haris Mohd Ismail ngaku sik bersalah sebab dituduh gagal ngekot prosesur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber: Carian Internet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here