Kebelakangan ini, isu tuntutan nafkah isteri dan anak yang sering diabaikan oleh segelintir bekas suami selepas penceraian rumah tangga telah menjadi perbualan hangat di kalangan wargamaya. 

Perkara ini berlaku setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob mengusulkan cadangan supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak.

Pelakon, Faye Kusairi misalnya dilihat ada menyuarakan pendapatnya berhubung isu hangat tersebut menerusi sepotong rakaman video temu bual rancangan Wanita Hari Ini, TV3. 

Meski bersetuju dengan usul cadangan oleh pihak kerajaan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata hak seorang bekas suami juga penting dan harus dibincangkan oleh semua pihak. 

Faye menambah, isu masalah ini harus diselesaikan secara adil dan saksama oleh semua pihak.

“Bagi saya, sudah semestinya akan sokong cadangan ini sebab ramai juga wanita yang teraniaya, 

“Tetapi, saya rasa hal yang perlu untuk kita ketengahkan juga adalah hak seorang bekas suami sebab isu itu berlaku juga.

“Apa yang saya lihat sekarang ini kita macam agak berat sebelah, sepatutnya isu macam itu kita harus bersikap adil dan sama rata,” katanya. 

Terdahulu, Faye telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azmi Hatta pada tanggal 9 April 2017. 

Faye dikurniakan sorang anak lelaki yang diberi nama Alif Azmi, 2 dan Asha Azmi yang telah dilahirkan pada 15 Disember lalu.

Foto: Instagram Faye Kusairi

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here