Satu rakaman video promosi sebuah drama terbaharu yang memaparkan adegan panas pelakon Zul Ariffin bersama seorang pelakon wanita telah menjadi perhatian ramai sehingga tular di laman media sosial.

Rentetan isu kontroversi tersebut, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Datuk Annuar Musa memaklumkan tindakan undang-undang telah dijalankan terhadap pelakon berkenaan. 

Menerusi satu ciapan di akaun media sosial Twitter miiliknya, Annuar memberitahu tindakan aktor berusia 35 tahun itu telah menyalahi undang-undang di bawah seksyen 233 Akta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM). 

Annuar menambah, tindakan sedemikian adalah tidak sewajarnya dilakukan oleh orang ramai. 

Pada masa sama, Annuar berharap semua wargamaya bersikap lebih peka untuk menjaga adab dan budaya dalam diri masing-masing. 

“Proses undang undang berjalan.Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah seksyen 233 Akta KMM kerana posting YouTube yg menyalahi undang undang.

“Yang pasti adegan spt yg di papar itu tidak akan di benarkan tayang,sama ada bulan ramadhan atau bulan yg lain.Jagalah nilai dan budaya,” tulisnya. 

Sebelum ini, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Ariffin telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu menerusi entri di akaun media sosial Instagram miliknya, pada Isnin. 

Sumber: Twitter Tan Sri Datuk Annuar Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here