Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan beberapa orang selebriti tanah air berkongsi cerita dan pengalaman dalam dunia lakonan sewaktu ditemu ramah di sebuah program televisyen.

Menerusi rakaman video tersebut, pelakon Fauzi Nawawi dikatakan telah menceritakan semula adegan panas yang pernah dilakonkan bersama pelakon Raja Farah menerusi filem Anak Halal, sebelum ini.

Perkongsian itu bukan sahaja telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan warga maya malah Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail turut menzahirkan rasa yang sama.

Terbaru, pasangan suami isteri ini telah tampil memberikan respon mengenai isu tersebut yang kian hangat diperkatakan oleh netizen.

“Saya dan isteri Raja Farah, kami harus memberikan respon video yang viral ini. Pada mulanya, tak perlu pun sebenarnya untuk kami beri respon sebab ia memalukan,

“Pertama sekali, kepada orang mengatakan perkara itu, iaitu pelaku itu sendiri bahawa benda itu salah sebab dia tidak menjaga aib dan kehormatan semua para wanita,

“Di atas menjaga kehormatan wanita, kita tidak boleh buat macam itu. Saya boleh faham kalau anda mahu menceritakan karya seni anda, bagaimana benarnya sinematik filem itu, kami faham benda itu sebab isteri saya berlatar belakangkan daripada anak seni,” katanya.

Pada masa sama, Iskandar turut menyifatkan tindakan sedemikian tidak sewajarnya untuk dilakukan kerana bukan sahaja boleh mencemarkan maruah isterinya malah seluruh kehormatan kaum wanita.

“Tapi untuk lagi jelas menceritakan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, ia membabitkan tentang aib dan kehormatan wanita tambahan pula wanita itu sudah berkahwin jadi saya rasa tidak sesuai dan pada saya ia satu kesalahan,

“Tak patut pun untuk kita ungkapkn hal-hal begitu, lagi-lagi kepada wanita Muslim. Dari segi sudut budaya pun tak betul, agama pun tak betul,” katanya lagi.

Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ismail pada September 2015 dan dikurniakan dua orang anak, Imran Iskandar, 5, dan Ilham Iskandar, 2 tahun.

Foto: Instagram Raja Farah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here