Baru-baru ini, program hiburan All Together Now Malaysia (ATNM) yang bersiaran di saluran Astro Ria pada Ahad lalu telah menjadi perbualan hangat netizen.

Perkara ini berlaku selepas program tersebut dilihat seperti tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menjalankan rakaman program tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lalu, personaliti TV, Iesya Toh ada menghubungi dengan Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri dalam usaha untuk mendapat penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menerusi foto perbualan di aplikasi Whatsapp, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan dia tidak tahu mengetahui mengenai program yang membabitkan seramai 50 juri dari kalangan selebriti tanah air.

Dalam pada itu, Iesya menyarankan kepada orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

“Ok DS ismail sabri dah jawab..Oh wait! SOP PKP/ PKPP / PKPB tetap wajib pakai mask.. Ingat! SOP tgjawab bersama ?? harap semua pihak ambil maklum.

“Majlis nikah neelofa juga bulan March. Jadi isu tak? Ada kompaun tak? Begitu juga Majlis tahnik anak DS Siti Nurhaliza. Dlm PKPB. Juga kena kompaun. Fikir kan dgn tenang & bijak @kementeriankesihatanmalaysia @mkn_rasmi @pdrmsia_official,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh)

Foto: Instagram Iesya Toh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here