Penyanyi, Nourul Depp mendedahkan ada menerima kritikan serta komen nagatif daripada segelintir netizen setelah dirinya berhijrah dan menetap di negara seberang, baru-baru ini.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab, ada segelintir netizen yang mempersoalkan pegangan agama dirinya setelah menjalani kehidupan bersama penduduk masyarakat Bali, Indonesia.

Lalu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir wargamaya yang sering berfikiran negatif terhadap orang lain.

“Satu hari saya terbuka di Facebook, rupa-rupanya saya kena maki dekat satu video yang saya muat naik hari tu. Lepas tu dekat komen dia kata apa nak jadi dengan orang Bali, ni nak tahu tak apa yang jadi dengan orang Bali, pakai baju apa,

“Orang Bali pakai kain batik, t-shirt lengan panjang dan mereka tak seksi. Tapi yang seksi adalah mat salleh, pakai ‘two piece’ naik motor apa semua sebab itu sudah memang mereka punya cara kan,

“Tapi saya tak ada lah nak pakai ‘two piece’ naik motor, gila ke apa nak pakai macam tu lepas tu ada pula yang kata itulah pergi duduk Bali jadi Hindu. Kenapa lah cakap macam tu?,” katanya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Nourul berkata pegangan dan kepercayaan kepada agama Islam masih kekal utuh dalam dirinya meski tidak lagi menetap di Malaysia.

“Mana pun kita duduk kan, pegangan dan kepercayaan kita hanya yang satu itu sahaja lah. Bukan saya tak ada akal pun, alhamdulillah saya belajar lah juga sikit-sikit kan InsyaAllah masih waras dan ingat Tuhan,

“Memang lah tempat yang saya pergi duduk ni majoriti agama Hindu, habis kalau pergi Perancis, US agama Kristian, Katolik, Buddhist semua pun ada. Jadi kat Malaysia, tak ada ke semua agama tu?,

“Adakah kita ubah kepercayaan, pegangan kita kat Malaysia apabila kita ada berbilang kaum dan agama? Tidak kan. Jadi saya pun hairan fasal ni,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

 

Terdahulu, Nourul sekeluarga telah mula berhijrah dan menetap di Bali sekitar penghujung bulan September yang lalu.

Foto: Instagram NouruL Depp

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here