Menerusi akaun Instagram, pelakon Izreen Azminda memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan zuriat ketiganya, pada jam 9.06 pagi Selasa di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Kongsinya, dia telah selamat menimang cahaya mata lelaki.

“Syukur alhamdulillah.. lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.. terima kasih buat semua yg mendoakan mama dan baby… 21/9/21.. 9.06AM,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada pelakon berusia 36 tahun itu.

 

Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.

Foto: Instagram Izreen Azminda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here