Baru-baru ini, isu pemakaian niqab dikalangan selebriti tanah air yang tidak mengenakan pelitup muka telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.

Dalam pada itu, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Mahyuddin telah memberikan respon berhubung mengenai perkara tersebut di akaun media sosial Twitter miliknya.

Menurutnya, pemakaian niqap tanpa mengenakan pelitup muka tidak selamat serta melindungi individu tersebut daripada jangkitan penyakit Covid-19.

Bukan itu sahaja, Dr. Mahyuddin memberitahu ‘Face Shield’ yang sering digunakan oleh selebriti dan personaliti TV juga tidak selamat untuk digunakan.

“Niqab tak sama dgn pelitup muka 3-ply mask

“Pelindung muka (face shield) mcm selebriti & personaliti tv pakai juga boleh buat anda rasa dilindungi padahal tidak (false protection) ,” tulisnya.

Selain itu, Dr. Mahyuddin menasihati agar semua orang untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Payah sgt ke nak pakai pelitup muka? Jadilah contoh yg baik kpd masyarakat.Bantulah frontliners!,” tulisnya lagi.

Sumber: Twitter Dr. Mahyuddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here