Pelakon senior, Anne Abdullah telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat serta membincangkan topik ‘Bahana Riak’ bersama penonton rancangan bual bicara Wanita Hari Ini, di TV3.

Sebagai seorang pelakon, Anne atau nama sebenarnya Noraini Abdullah tidak menafikan ramai di kalangan selebriti tanah air masa kini sudah mengunakan laman media sosial bagi tujuan mempromosikan diri kepada orang ramai.

Namun, setelah lebih 25 tahun menceburi karier seni lakonan, Anne berpendapat ada segelintir selebriti tanah air yang bersikap riak atau suka menunjuk-nunjuk kemewahan kepada tontonan umum.

“Macam apa yang saya lihat sekarang ini, ramai artis kita sudah mengunakan media sosial. Pada masa zaman saya dulu ketika era 80-an dan 90-an kita memang tiada media sosial. Jadi dengan ada nya platform media sosial ini adalah tujuan untuk mempromosikan diri sendiri,

“Tapi kadang-kadang bila mereka mempromosikan diri mereka sendiri tu ada yang riak, terlalu menunjuk-nunjuk. Bagi saya, kalau kita nak cakap fasal riak ni sebagai seorang selebriti kita kena jaga etika, tatatertib serta personaliti diri kita,

“Jangan kita nampak terlalu murah dekat dalam media sosial, kita kena nampak eksklusif. Bagi artis-artis yang baru sekarang ni, tidak salah sekiranya anda mahu tunjuk atau mempromosikan diri tapi kadang-kadang ada yang jatuh riak, beli barang itu ini kemudian ‘show off’,

Lalu, pelakon berusia 48 tahun ini menasihati kepada orang ramai termasuk golongan selebriti tidak menjadi platform media sosial sebagai ruang untuk menunjukan kemewahan dan kekayaan buat tontonan umum.

“Kita kena fikir juga di sebelah pihak yang lain, maksudnya mungkin ada pihak lain yang melihat perkongsian kita tetapi tidak berkemampuan,

“Jadi saya minta tolong kepada semua untuk tidak perlu nak menunjuk-nunjuk di media sosial dan saya rasa sekarang ni terlampau murah sangat artis-artis kita promosi diri, jadilah seorang artis yang orang kata ada harga atau ‘class’,

“Janganlah semua benda anda kongsi dalam media sosial. Kalau kita tengok orang-orang kaya dekat dunia ni macam Bill Gates, tak ada pun nak menunjuk-nunjuk, baling duit ke, pijak duit ke,

“Saya rasa mentaliti orang Malaysia sahaja bila kaya-raya nak tunjuk semua benda,” katanya lagi.

Foto: Instagram Anne Abdullah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here