Sebagai umat yang beragama Islam, sudah menjadi rutin untuk bersahur di bulan Ramadan yang mulia ini.

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha ada berkongsi cerita mengenai rutin sahurnya bersama keluarga tercinta.

Fasha atau nama sebenarny Nur Fasha Sandha Hassan memberitahu pernah memasak juadah sahur sampai hangit gara-gara mengantuk.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata tetap meluahkan rasa gembira apabila ahli keluarganya menghargai dirinya yang telah menyediakan juadah untuk bersahur.

“Sapa macam i, jam 4 pagi menggoreng untuk soq/sahoq dalam keadaan mengantuk dan mamai kadang2 sampai hangit

“Tapi bila tengok depa makan dalam keadaan menghargai, kita terus happy kan..

“Syukur Alhamdulillah Terima kasih Allah yang memberikan rezeki buat kita dan masih bernafas,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Foto: Instagram Fasha Sandha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here