Baru-baru ini, nama pelakon dan pengacara Mira Filzah telah menjadi perbualan hangat di laman media sosial selepas terdapat seorang warganet yang memberikan komen negatif terhadap selebriti terkenal itu.

Individu berkenaan berharap agar pengacara rancangan Nona itu melakukan sesuatu terhadap masalah yang menimpa di seluruh negara ekoran pandemik Covid-19 memandangkan ibu mentuanya merupakan seorang ahli politik.

“Mira Filzah jangan acah-acah nak terkesan dan prihatin. Mak mertua dia ada dalam kabinet tak guna tu. Tolong lah buat sesuatu daripada duk buat teruk,” tulisnya.

Perkongsian individu berkenaan telah menjadi tular dan rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai perkara tersebut.

Sekadar informasi, Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Wan Astar pada 3 Ogos lalu.

Ibu Emir, Datuk Mastura Yazid merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan  Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

 

Foto: Instagram Mira Filzah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here